Pages

Monday, 7 May 2012

6.1a PERANAN PROMOSI

Promosi memainkan peranan yang amat penting dalam perniagaan. Berikut adalah peranan promosi:
  • Menyampaikan maklumat 
    • Tujuan utama promosi dilakukan adalah untuk menyampaikan maklumat barang baru di pasaran. 
    • Antara maklumat yang disampaikan semasa promosi dijalankan ialah:
      • ciri barangan
      • harga barangan
      • cara penggunaan
      • kelebihan barangan berkenaan 
  • Memujuk dan mempengaruhi
    • cara ini biasanya dilakukan dengan menonjolkan kelebihan dan keistimewaan barangan berkenaan dan mengaitkannya dengan kehidupan yang bergaya ataupun kehidupan yang sempurna.
  • Mewujudkan pasaran baru
    • Pasaran baru akan wujud apabila orang ramai membeli keluaran baru itu untuk mencubanya.
    • Sekiranya promosi yang dijalankan itu benar-benar meyakinkan orang ramai mengenai barangan tersebut, pengguna  jenama lain juga akan terpengaruh untuk mencubanya.
  • Mengekalkan pasaran sedia ada
    • Promosi yang dilakukan adalah sebagai peringatan kepada pengguna sedia ada bahawa barangan ini bukan sahaja masih wujud dalam pasaran.
    • Barangan ini juga telah diperbaiki kualitinya.
    • Dengan pengiklanan yang berulang, promosi akan cuba mewujudkan kesetiaan pelanggan dan menghalang pengguna tetapnya daripada mencuba barangan jenama lain.
  • Meningkatkan jualan dan mengurangkan kos  
    • pertambahan kuantiti jualan akan membolehkan pengeluaran secara besar-besaran dijalankan untuk menikmati faedah ekonomi bidangan. 
    • Ini bermakna kos seunit akan menurun dan harga barangan akan menjadi lebih murah.
    • Penurunan harga barangan akan meningkatkan kuantiti jualan dan akhirnya akan menambahkan keuntungan. 
  • Memantapkan imej barang dan syarikat 
    • Promosi yang agresif dan intensif secara tidak langsung mempengaruhi pengguna untuk mengaitkan imej baik atau keunggulan dengan jenama yang dipromosikan.
    • Promosi telah dapat mewujudkan nama baik atau ihsan kepada syarikat berkenaan. 
    • Di samping itu, reputasi yang baik kesan daripada promosi akan melahirkan kesetiaan pengguna terhadap sesuatu barang atau pekhidmatan.
  • Mengatasi pesaing 
    • Tujuan utama mengadakan promosi adalah untuk menambahkan kuantiti jualan dengan mengatasi pesaing yang mengeluarkan barangan yang sama dalam pasaran.
    • Promosi yang dirancang dengan baik dan agresif akan dapat mempengaruhi pengguna untuk menggunakan jenama barangan yang dipromosikan. 

No comments:

Post a Comment