Pages

Tuesday, 8 May 2012

MEDIA PENGIKLANAN


Media pengiklanan adalah satu saluran, cara, atau perantaraan yang digunakan untuk menyampaikan iklan kepada orang ramai. Setiap peniaga akan menggunakan cara tersendiri untuk mengiklankan barang atau perkhidmatannya. Media pengiklanan boleh disampaikan dengan cara media bercetak, elektronik, dan media lain.
 
JENIS MEDIA PENGIKLANAN
Media Bercetak

AKHBAR/MAJALAH
·         Liputan lebih luas
·         Kos murah berbanding yang lain
·         Boleh sertakan gambar/peneranan
·         Boleh dibuat secara warna warni
·         Boleh dibaca berulang kali
·         Boleh pilih ruang/mukasurat
                                                         iklan melalui surat khabar


                                                       iklan melalui majalah


                                                        iklan melalui majalah

HALAMAN KUNING

Ruang iklan di buku panduan telefon
Mudah untuk pelanggan
Disusun ikut abjad


                                                          halaman kuning

KATALOG dan RISALAH 
  • merupakan dokumen atau buku yang mengandungi gambar berwarna mengenai sesuatu barang yang hendak diiklankan.
  • mengandungi gambar barang dan penerangan berkaitan barang berkenaan.
  • risalah adalah helaian kertas bercetak yang boleh diedarkan kepada bakal pelanggan. 
  • risalah selalunya digunakan untuk mengiklankan pembukaan restoran, kelas memasak, pusat tuisyen, tawaran istimewa oleh sebuah pasar raya, dan sebagainya.
  • risalah selalunya menunjukkan harga bagi barang yang dijual bersama gambar barang berkenaan.
  • pengiklanan melalui katalog dapat menggambarkan barang dengan indah dan menarik.
  • peniaga bebas dan berpeluang menggunakan media ini dalam tempoh yang agak lama. 
  • kos percetakan mahal
  • peniaga perlu menanggung kos untuk penghantaran katalog sama ada melalui pos atau mengedarkannya kepada orang ramai dan pengguna sasaran.
  • kos risalah murah.
  • risalah boleh sampai terus ke penggunan kerana boleh dihantar rumah ke rumah.
  • edaran risalah terhad.
  • tidak sesuai untuk barang yang mempunyai permintaan yang tinggi.
 
 












                                                                    risalah



 
                      katalog 


POSTER dan SEPANDUK
  • sampaikan maklumat atau cogan kata ringkas yang selalunya disertai lukisan yang menarik.
  • selalunya digantung atau ditampal di tempat seperti perhentian bas, pawagam, pagar, dinding bangunan, badan bas, dan tempat yang sesuai.
  • kenderaan awam seperti bas, kereta api, LRT, dan ERL digunakan untuk menyampaikan iklan kepada orang ramai. 
  • iklan biasanya dalam bentuk poster atau lukisan yang diletakkan dibelakang, di dalam atau di seluruh badan kenderaan.
  • mempunyai liputan yang agak luas kerana dapat disampaikan kepada orang ramai di tempat kenderaan itu berada.
  • kos pengiklanan adalah murah.
  • boleh diletakkan ditempat yang strategik.
  • kekurangannya ialah peniaga tidak dapat iklankan barang ke seluruh negara. 
 
iklan di bas
 
KALENDAR dan DIARI
  • kalendar dan diari yang biasanya dicetak nama perniagaan atau kedai dan barang serta perkhidmatan biasanya diberikan kepada pelanggan secara percuma.
  • kelebihannya ialah, penggunakan akan menggunakannya dalam tempoh jangka masa yang panjang.
  • kalendar dan diari dapat menjadi pengiklanan yang berkesan untuk sesetengah barang.
  • peniaga juga boleh menyelitkan gambar yang berkaitan barang pada setiap helaian diari atau kalendar berkenaan.
  • kekurangannya ialah kos mencetaknya yang tinggi. 
 
              kalendar meja
 
KAD PERNIAGAAN
  • mencetak nama dan alamat firma perniagaan serta barang jualan atau perkhidmatan pada sekeping kad. 
  • cara yang mudah untuk diedarkan kepada pelanggan sebagai iklan.
  • mudah dibawa tanpa memerlukan ruang yang banyak.
  • tetapi akan mudah lupa dan hilang.
  • kurang menarik kerana tiada gambar barangan yang dijual.
  • kos murah.

No comments:

Post a Comment