Promosi merupakan bantuan perniagaan yang sangat penting. Tanpa promosi, orang ramai tidak tahu akan kewujudan sesuatu keluaran dan dengan ini tidak akan berlaku permintaan terhadapnya.
Promosi ditakrifkan sebagai proses, kaedah ataupun cara untuk memberitahu, menyedarkan, memujuk, dan seterusnya mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu barangan. Biasanya promosi dijalankan dalam pelbagai cara, bergantung pada kehendak pengeluar dan barangan yang hendak dipasarkan.
No comments:
Post a Comment